Bismillah
Alhamdulillah, pejam celik pejam celik, telah tamat pengajian di CFS. Ijazah Bachelor of Medicine and Bachelor of Surgery sedang menunggu di UIA Kuantan Julai nanti InsyaAllah. Kat cfs la satu lagi bab kehidupan saya tertulis.
Ingat lagi masa registration day cfs, masa tu family semua baru habis tengok dorm. Kemudian, ayah kata, ”Kami nak tengok bi dapat medic nah kat sini”. Alhamdulillah, dengan kehendak-Nya, termakbul hajat ayahandaku.
Mula-mula masok, tengok roommate-roommate semua ada member dari sekolah lama, saya sorang ja kat situ, rasa sunyi la jugak. Lama-lama Alhamdulillah kenalan bertambah. Berkawan biar seribu, musuh biar satu. Tapi kawan kena la berkawan dengan yang berjenis, perangai elok, dapat tegur kita bila kita buat salah, cari kawan yang benar. Ulama’ pon ada kata, kalao kita nak taow orang tu perangai macam mana, tengok kawan-kawan dia.
Kat cfs nie jugak lama baru taow wujudnya sebuah institusi pengajian yang bernama Darul Quran. Tudung laboh jugak baru kerpa nampak kt uia nie, ayu jugak sebenaqnya sister yang bertudong laboh nie (kawan kata). EPT masa tu Alhamdulillah level 7 bersama bunyamin, luqman, Julia, Hannah, eliana dan amiirah(muet band 6). Dan secara tidak langsung setiap sem selama dua tahun menjadi classmates mereka dan juga sis n brothers yg exempted arab, best jugak walaupon agak senyap kelas tersebut.
2 tahun menjadi roommate kepada braders dq nie Alhamdulillah sedikit sebanyak mempengaruhi diri. Tempias la sikit benda baik. jemaah tabligh mula disertai sedikit demi sedikit dan lama-lama best gak sebenarnya tabligh nie, jumpa member malahan orang asing untuk membicarakan tentang kebesaran Allah. Ustaz Muhadir jugak mempromote jemaah tabligh apabila diajukan soalan cara untuk menambahkan iman. Tahap iman orang biasa nie seperti yang anda tahu sebenarnya yazid wa yanqus, bertambah dan berkurang, jadi usaha atas iman memang perlu sebenarnya untuk meningkatkan iman. Sedangkan para sahabat yang imannya jika diletak neraka di tangan kiri syurga di tangan kanan, langsung tak terkesan pon buat usaha atas iman seumur hidup, apatah lagi saya yang kalao terpandang perempuan cantik tak terkelip-kelip, iman senipis kulit bawang, lagi la kena usahakan iman. Untuk maklumat lanjut, bolehlah mengunjungi jemaah tabligh di musolla yang berdekatan, bagi muslimah pula depa tak panggil tabligh, panggil taa’lim masturat yang beza sedikit ja, selalu jugak buat kt area-area kl nie.
Alhamdulillah, perancangan Allah memang lengkap dan sempurna, saya yang pada mulanya tak puas hati masok uia, sekarang berasa rugi yang amat sangat kalao tak masok ke uia. Apa yang baik itu dating dari Allah, yang buruk itu dating dari saya makhluk-Nya yang hina. Jom istighfar 70 kali sehari macam Nabi
The Day I Turn 27
8 years ago