In the Name of Allah
Di saat keputusan diumumkan
Riak wajah lantas berubah
Hari bersejarah seribu kenangan
Nama keluarga harum megah
Bersalam-salaman dibalas pelukan
bercium-ciuman si ibu bapa
jatuh air mata ke pipi bercucuran
hati gembira tak terkira
Keputusan SPM baru sahaja diumumkan, suasana dan emosi di dalam dewan ketika itu amatlah pelbagai, ada yang menangis, ada yang gembira tiba-tiba, ada yang tidur tatkala menunggu keputusan yang bakal mengubah percaturan hala tuju masa depan. Nama demi nama telah dipanggil, "mana nama adik aku x announce pon lagi", padahal sudah ketahuan keputusannya oleh pak cikku yg juga guru di sekolah tersebut. Sungguh gembira sampai terkelu lidah adik perempuanku apabila namanya dipanggil, "Farah atiqah, 11 straight A!!!". Ayahku sebak, mengeluarkan sapu tangan mengesat air mata yang berlinangan. Sebak juga aku rasa ketika itu, teringat kembali situasi yang sama ketika keputusan SPM ku diumumkan. Perasaan bangga beginilah yang membuatkan ibu bapa merasakan sedikit sebanyak penat lelah mereka membesarkan dan mendidik kita terbayar, walaupun jasa mereka takkan mampu ku balas walaupun 1000 tahun ku mencuba. Hargailah ibu bapa dan berusahalah membanggakan dan berdoa ke atas kesejahteraan mereka selagi hayat dikandung badan
The Day I Turn 27
9 years ago

tahniah pada adik ko farabi~~!!!
ReplyDeletehbat~~!!!
oh congratz! hebat la...
ReplyDeletecongratz 2 ur sis!
ReplyDeletelike sister like brother eh?? :)
farah atiqah?
ReplyDeleteUT/UT/UT/UT/UT/UT/UT/UT/UT/UT
ReplyDelete